Wardatul Jannah ^^, WARDATUL JANNAH ^^,: Pengorbanan
Showing posts with label Pengorbanan. Show all posts
Showing posts with label Pengorbanan. Show all posts

8 January 2014

SENDIRI ITU T.E.R.A.P.I :')





بسم الله الرحمن الريم 
 اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.


Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.

Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.
Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.
Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.
Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim...

Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.
Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah. 

Allah SWT berfirman:
"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)
Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."(Surah al-Baqarah, ayat 216)
Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun cantik dan suci pada pandangan Allah SWT 



:)
Wallahualam...



fiihifzillah Rafieqah ~

21 December 2013

Masih tidak MATANG :'(



بسم الله الرحمن الريم 
 اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SubhanALLAH , Alhamdulillah , ALLAHUakbar ! :')

Tua sudah ana rupanya, bila tika ini..  rakan karibku meninggalkanku untuk meneruskan langkah kaki mereka menaiki tangga kehidupan yg seterusnya. Jodoh mereka. Alhamdulillah. ~

Sakit rupanya, :'(

Mengapa harus ana tangisi? Sedangkan mereka masing2 sedang melangkah kepada kehidupan baru mereka.  

Sepatutnya ana bahagia melihat mereka bahagia. Entah. Ana la kot yg masih tidak matang. Masih tidak reti membahagikan sayang di hati.

Ana harus mengerti, bahawa aku bukan sesiapa pada mereka, hanya seorang sahabat yang mencintai mereka kerana Allah. Bukan sesiapa pun dalam hidup mereka.

Ah, susahnya bila sudah sayang, berjauhan itu memeritkan.

Aku harus tabah. Jangan sebarangan menaburkan sayang lagi. Limitkan rasa sayang itu, supaya bila terpaksa melepaskan, peritnya tidak terlalu pahit.  

Sayang itu. Kerana Allah kan? Mengapa terlalu sedih? Harus yakin Allah akan menjaga mereka selalu. Ya! Allah akan menjaga mereka selalu.

Kelak, insyaAllah kita akan bertemu kembali. Jika bukan di dunia, insyaAllah di syurgaNya kelak.

Ameen. 

Pelihara sayang kami, ikhlas keranaMu ya Allah.

P/s: Ana sayang kamu, semoga menjadi isteri solehah dan ibu mithali. :')

Ana sayang kamu, selamat meneruskan perjuangan ke tangga ke-2  di 'sana'

Terus mendoakan ana di sini ya :) 

UhibbukiFillah <3 



Ai Shite Imasu ! 


FiiHifzillah kullu sahabah (=

9 December 2013

R.A.F.I.E.Q.A.H :')



بسم الله الرحمن الريم 
 اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



 Khas Untuk Sahabat-Sahabat Yang Dikasihi

Sahabatku,
Perjuanganmu dan perjuanganku
Dalam dirimu dan diriku
Pada keluargamu dan keluargaku
Belum tamat begitu bersama

Sahabatku ,
Kau dan aku punya tugas tertentu
Tugasmu dan tugasku
Tiada beza antara satu
Kau dan aku
Sama-sama menuju
Matlamat yang satu

Sahabatku,
Hatimu dan hatiku
Moga bersatu
Atas jalan yang satu

Tapi sahabatku
Kiranya kau dan aku
Punya hati yang keras bagai batu
Kau dan aku
Tak mungkin bersatu
Walau masa berlalu

Di sana kau menghadapi suasana
Dan di mana-mana
Hikmah berserta
Tarbiyah bersama
Hanya itu senjata
Allah akan bersama

Di sini
Amat kami rasai
Ketiadaanmu di sisi
Tapi kami mengerti
Kau punya tugas dan misi
Yang lebih bererti
Menghadapi realiti
Mencabar jahili

Sahabatku
Bekali dirimu
Dengan hati yang tabah berani
Tahan diuji
Tidak luntur dik puji
Tidak punah dik duniawi


Sahabatku ,
Jalan ini
Sukar berduri
Menikam diri
Jalan itu
Seronok di hati
Senang dan mudah bagi kau dan aku
Tapi
Ia membakar diri
Di akhirat nanti

Keputusanmu dan keputusanku
Biar apa terjadi
Hanya jalan ini
Tiada lain
Menuju ukhrawi
Redha Ilahi

Sahabatku ,
Akhir kata
Sepanjang kita bersama
Kiranya ada terkasar bahasa
Terlanjur kata
Menyinggung rasa
Ampunan Allah kami pohon jua :')





SK & KS  :')


Fii hifzillah kullu Rafieq / ah  ^_<

27 November 2013

Ai Shite Imasu :')



بسم الله الرحمن الريم 
 اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Aku juga pernah dilukai.
Aku juga pernah membenci.
Aku juga pernah menyalahkan orang lain.
Aku juga pernah berputus asa.
Aku juga pernah menangis seorang diri di dalam diri merasakan kebahagiaan telah meninggalkan aku. 

Tapi wahai anakku, tanpa pengkhianatan dan perpisahan, manalah aku mengerti kebahagiaan yang dicapai ketika mendekati Allah pada waktuku susah.

Oleh itu wahai anak kesayanganku, engkau harus terus mencuba dan jangan berputus asa melakukan kebaikan.

Jangan sesekali kerana sekali dua dilukai maka kamu terus berhenti melakukan kebaikan.

Aku akan melihatmu dan nescaya kekentalanmu akan menyentuh hatiku dan air mataku mengalir kerana kebahagiaan.

Percayalah anakanda, kamu akan menjumpai kebahagiaanmu asalkan kamu tidak melupai Allah dan tidak meninggalkan Quran.

Senyum  fii hifzillah ~

-SangMurabbi-



aku rindu dia , ya Rabb :'(



6 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435 H


بسم الله الرحمن الريم 
 اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Siapa kata jatuh tak sakit?

Sakit.

Malah kadang- kadang buat jiwa rasa tak mampu nak hadapi. 

Tapi apa boleh buat?

Takkan nak terus terdududuk ? 

Belajarlah untuk bangkit.

Walau sedikit demi sedikit.

Jangan biarkan kite jatuh terlalu lame ~
Kalau saya boleh senyum saat terluka, bukan sebab luka tu tak sakit, atau bukan sebab saya kebal, atau bukan sebab saya tak ada perasaan , atau senang kate saya EGO

tapi saya senyum sebab saya sedar, ALLAH  sedang menguji, sabar, ikhlas, redha , SMILEagain . Luka tu akan sembuh jugak , sebab ni kan dunia . Di dunia ni, tak ada apa yang kekal 
Kadangkala, kita akan jatuh. Bukan sekali, malah berkali – kali. 

Tetapi ini bukan alasan untuk kita berputus asa. Ini adalah peluang untuk kita mencari setiap kelemahan yang berlaku dan memperbaikinya, sehingga kita muncul dengan lebih baik dari sebelumnya. 

Ingat tak kisah Thomas Edison, manusia yang pertama mencipta mentol ? Beliau telah menemui 1000 kegagalan dalam experimen – experimennya, sebelum berjaya menghasilkan sebiji mentol yang nilainya amat penting pada hari ini. 

Jelas, kita perlu menempuh kegagalan demi kegagalan dalam menimba pengalaman, seterusnya menghasilkan kematangan (kejayaan) kerana kita belajar dari kesilapan yang lalu. 

Nampak?

ENGAT, umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baek dari semalam  kan?

*Bangkit kerna Allah ~ Refresh Niat  
*pembacaan 


Fii Hifzillah sahabiah (^_^)v

13 October 2013

TOLONG ENGATKAN DAKU ~



بسم الله الرحمن الريم 

 اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Duhai sahabat , Diri ini lemah , diri ini banyak kekurangan , Andai aku melakukan silap , Tegurlah daku , Nasihatkanlah daku ,Jangan pergi tinggalkan aku .

Duhai sahabat , Diri ini selalu terleka , diri ini sering mengelamun , Andai aku hanyut , Pekiklah ke arah ku agar aku tersedar , agar aku terjaga dari lena,Jangan pergi tinggalkan aku . 


Duhai sahabat , Diri ini tidak sehebat yang di sangka , hati ini tidak setabah yang dilihat , Andai aku jatuh , Sambutlah daku , genggamlah tanganku agar aku kembali kuat , Jangan pergi tinggalkan aku . 


Duhai sahabat , Diri ini kadangkala memilih jalan yang salah , Andai aku tersilap langkah , Tariklah aku , agar aku tidak terus sesat , Jangan pergi tinggalkan aku . 


Duhai sahabat , Diri ini mungkin sering mempamerkan tawa , sembunyikan duka , Andai aku diam seribu bahasa , Fahamlah dikau akan rasa luka yang terbit , buatlah aku tersenyum ,Jangan pergi tinggalkan aku . 


Duhai sahabat , Diri ini hamba Pencipta ,hamba yang sungguh kerdil , Andai aku buta akan dosa , Heretlah aku keluar dari jalan itu , pimpinlah tangan ku ke jalan menuju Syurga-NyaJangan pergi tinggalkan aku . 


Duhai sahabat , 

Diri ini mungkin tertipu dengan mainan dunia , Andai aku lemas dek keindahan dunia yang sementara , Berenanglah engkau ke arah ku , tariklah aku ke dasar , agar aku kembali ke tebing ,Jangan pergi tinggalkan aku . 

Wahai sahabat , 

Sahabat yang mengenali diri ini , 
Mungkin aku sering tertawa , aku sering mempamerkan tawa , 
Tapi sungguh , diri ini hanya insan biasa , 
Tahu dan kenal apa itu sedih , apa itu air mata , 
Aku tidak mengharap yang besar dari kalian ,
Cukuplah andainya engkau terus berada bersamaku , 
Terus mendoakan aku walau tanpa pengetahuan aku , 
Itu sudah cukup untuk aku ertikan sebagai HADIAH YANG PALING BERMAKNA buat diri ini .
Jangan pergi tinggalkan aku . Jangan biar aku sendiri . 
Aku tidak kuat untuk berjalan sendiri . 
Terima kasih kerana menjadi sahabat ku . :')

Ya Allah , Kau peliharalah sekalian sahabat-sahabatku , Lindungilah kami dari sebarang kejahatan dan keburukan , Sesungguhnya tiada yang lebih besar dan hebat berbanding perlindungan dari-MU . Aamiin . 



fii hifzillah  :')

Kenangan dlm ingatan ~ 

16 August 2013

Pray For Egypt , Ummah , Dr Morsi


بسم الله الرحمن الريم 
 اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pray For Ummah :')

Lautan Nil bertukar warna ,
Ombak gembira menjadi duka ,
Desiran pantai sayu tiba-tiba ..

Saat enak menikmati pemandangan  ,
Kini, berubah huru-hara ,
Bergelimpangan lautan manusia tidak diminta ,
wanita dirobek maruahnya , 
Anak-anak ditembak tidak berkira ,
Kaum adam terus bersedia ,
Menghadapi hari2 yang entah bagaimana ..

Sekali-kali tiada kata dusta pada mulut mereka ,
Malah semakin erat Allah digenggamnya ,
Makin utuh kalimah2Nya terlafaz dibibir mereka ..

Ya Allah, 
kemenangan mereka dicarik2 ,
keamanan mereka terus dirampas ,
bumi barakah itu sudah kurang ILMUWAN dan CENDIKIAWAN ,
bumi suci itu terus bergegaran ,
jangan biarkan si durjana bermaharajalela ,
sedangkan SANG PEMBELA meringkuk di penjara ,
jangan biarkan kejahatan terus berleluasa ,
sedangkan kebenaran belum terbongkar jua , 

Kirimkan DOA buat Sang Mujahid / ah ~
senjata kita , seluruh umat Islam ..
Qunut Nazilah ~

Bahagialah dikau bakal penghuni syurga , penegak bumiNya .
Moga sekelumit doa ini, kami menjadi sahabatmu di JANNAH..
aameen ya Rabbal alameen .. :')

Fii hifzillah ila kullu Rafieqah ^_^

2 August 2013

DURRAH ABYADU (':



بسم الله الرحمن الريم 
 اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
^_^
ALHAMDULILLAH ~
Moge sahabiah baek-2 belaka  , dan moge ALLAH merahmati kehidupan kite di atas muka bumi ini , InsyaALLAH  (':

ANA  nak menulis tentang sahabat , nape asyik-2 pasal sahabat ye ? mesti kalian tertanye-tanye ..
kernanye adalah , dimana-mana kite berada pasti akan bersama sahabat , sama ada  disekolah , universiti hatta tempat kerja ,               dirumah tidak lah ~ hee ^^'

*boleh ana mulekan  ? hmmm.. 

:') miss her so much ! 





Salam buat sahabatku semua .

Sahabatku..
Semoga segala yang kau impikan menjadi kenyataan , 
Bajailah hati dengan sifat baik.. lalu siramilah ia dengan kemuliaan dan kemurahan , 
Tunjukkanlah sikap optimis.. agar mindamu sentiasa terbuka dan menerima , 

Sahabatku...
Sesungguhnya hidup ini adalah laluan masa..
kitalah penumpang bahtera sementara , perjalanan ini masih panjang ,
Ada senyuman di sebalik tangisan.. ada tawa di sebalik air mata ,
Namun.. dengan kekuatan jiwa yang dibina.. pasrahlah pada ketentuan ,
kerana nikmat daripada kesabaran adalah kebahagiaan yang berpanjangan , 

Sahabatku , 
hayatilah erti ukhuwah ini , moga kita semua sentiasa di bawah lindunganNya , 

Ameen ~ :')


Pesananku ~

Apabila kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,
~ Janganlah kerana KELEBIHANNYA..
Kerana mungkin dengan 1 KELEMAHAN..
Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,
~ Janganlah kerana KEBAIKANnya..
Kerana mungkin dengan 1 KEBURUKAN..
Kau akan menbencinya....

Andai kau inginkan SESEORANG sbg TEMAN..
~ Janganlah kerana ILMUnya..
Kerana apabila dia BUNTU...
Kau mungkin akan menFITNAHnya...

Andai kau inginkan SESEORANG sbg TEMAN...
~Janganlah kerana sifat CERIAnya..
kelak andai dia tidak pandai menceriakan..
Kau mungkin akan menyalahkannya...

Andai kau inginkan SESEORANG sbg teman,
~ Terimalah dia SEADANYA,
Ikhlaskan dalam perhubungan...
Sinarinya dengan taqwa & iman...
Saling hormat-menghormati..
Jujur..amanah.. & segalanya..

Kerana dia seorang TEMAN,
Yang hanya manusia biasa....
Ada Kelemahan...
Ada Kekurangan..
Ada Keburukan..

Jadilah, saling lengkap-melengkapi..
kerana TIADA SIAPA YANG SEMPURNA  :')

*terimalah die seadanye , sebagaiman die menerimamu ~ 

fii hifzillah pengharapredhaNYA ^_^

8 December 2012

Khas Buat AYAH 081212



بسم الله الرحمن الريم 
 اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


بسم الله الرحمن الريم 

 اسلام عليكم ورحت الله وبركاته

ALHAMDULILLAH diberikan lagi merasai nikmat islam n iman serta nikmat yg laen sehingga xterbilang dek akal manusia .. syukur pd MU ..

ape kabar sume ?? sihat ?? iman mcm mne ?? rohani ?? jasmani ?? adkah makin bertambah meningkat ?? atau sebaliknye .. maka dgn itu tpuk laa qalbun masing2 .. ^_^

berbalik pd video di atas .. cmne ?? sdey x?? besarkan pengorbanan insan yg bergelar bapa ,, seiring dgn topik pada hari ini ,, selamat hari lahir ayah !!! 

(( kisah anak dgn ayah : 8dis2012 ))

AYAH ,, memg seorng yg garang .. sejak kecil kami di didik dgn berdisipin , cemerlang dlm pelbagai bidang n aspek .. mendalami ilmu agama serta akademik dgn baek..

AYAH ,, seorang yg kuat bekerja keras untuk mencari nafkah buat keluarganya ,, bijak dlm menguruskan ekonomi .. serta menjadi tunggak pd keluarga ,, tenang dlm hadapi masalah ..

AYAH ,, anakmu pulaa .. sering melukan hati mu .. dgn pelbagai kerenah n masalah yg di timbulkan .sentiasa membuat mu kecewa,, sering memusnahkan hasratmu .. selalu meninggikan suara pada mu ,n mcm2 lagi perangai yg di buat ...

AYAH ,, tetapi dikau ,, diam .. menegur kami semula .. tpi .. kmi herdik ayah kembali ..begitu derhakanya kami pada mu ayah .. kami pentingkan diri sendiri ..sering saja tidak mengendahkan perasaan mu ..ingin saja menuruti hasrat kami sendiri dgn melukakan hatimu .. derhaka nya kmi pd mu ..




ya ALLAH .. ampuni laa dosa-dosa ku ,, kasihanilah ibu bapa ku seperti mana mereka mengasihi daku sewaktu daku mseh kecik lagi .. tempatkanlaa kami dalam golongan yg beriman di akhirat kelak ..

di kesempatan yg msih berbaki .. daku ingin memohon keampunan pd ayah ats ape yg daku telah lakukan pd ayah sejak dr kecil hinggalah sekarang .. tidak lupe juga daku ingin ucapkan " selamat hari lahir buat ayah yg terhebat buat ku "

buat ayah terhebat ^_^
syg ayah !!! :")


alhamdulillah ,, mcm mne sahabat sekalian ? adakah pernah menuturkan i love u dad ?? jike belum .. maka jgn lepaskan peluang .. okey ^__^ ,, pernah kte terfikir x?? mcmmne perasaan sahabat kte yg tidak lagi mempunyai ayah .. sedangkan kte yg mseh punya ayah n ibu .. xpernah kte hargai nye .. adakah kte mahu kehilangan mereka .. baru kte bukak mata n sedarkan diri .. 

oleh  itu ,, ana ajk sahabat sekalian tok koreksi diri semula ,, selama kte hidup sebagai anak mereka .. apakah bakti atau sumbangan kte pada mereka ??? adakah cukup dgn kejayaan akademik sahaja ??
adakah lunas dgn kte dpat byknye anugerah ?? adakah itu yg mereka impikan ??

mari muhasabah sebentar .. :)

sahabat sekalian ,, moge kte jdi anak yg solehah pada mereka dunia n akhirat .. serta bertambah baek menjadi khalifah ALLAH dr hari ke hari .. in syaa ALLAH .. 

moge entry kali ini bermanfaat buat semua sahabat .. in syaa ALLAH <3

ilalliqa;' .. moge ALLAH redha .. ^^,


25 March 2012

RUMAISO MINHAL

بسم الله الرحمن الرحيم 

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته         


Bersyukur kte ke hadrat illahi kerana di berikan peluang untuk terus hidup di ats muka bumi NYA,,di berikan nikmat islam dan iman..dan terus mencari mardhatillah..ALHAMDULILLAH...

Disini ana hendak berkongsi kisah seorang wanita pada zaman Rasulullah S.W.T yang bernama Rumaisa' binti milhan..Kalian tau xkisahnye??..hehe

Meh ana citerkan,,nak x?? Rumaisa' mempunyai seorang suami dan 4 orang anak lelaki..pada 1 hari suami dan anak rumaisa' mengikuti peperangan bersama Rasulullah S.W.T..

selepas tamat peperangan tersebut,,rombongan tersebut pulang ke tanah air mereka ,termasuklah suami dan anak2x rumaisa' td..

ROMBONGAN 1-pulang...rumaisa' bertanye kepada mereka.."ade kamu nmpak suami dan anak2x ku??"rombongan 1 jawab.."suamimu telah syahid,,"rumaisa' td terus senyum apabila dikatekan suaminya telah syahid..


ROMBONGAN 2-rumaisa' bertanye lagi,,"kamu nmpak anak2x ku??"rombongan tersebut menjawab.."kami xpasti..."...begitu juga dengan rombongan seterusnya..


ROMBONGAN TERAKHIR-iaitu rombongan Rasulullah S.W.T..Rasulullah menjawab pertanyaan rumaisa'..anak kamu semuanye telah syahid..rumaisa' menangis mendengar anak2xnye telah syahid..Rasulullah berase hairan dan bertnye kpd rumaiso'.."mengapa apabila suami mu syahid kmu senyum,tetapi ble anak2x kamu syahid,,kmu menangis..


kemudian rumaisa' berkata kepada baginda..tiap malam suami ku akan berdoa untuk mati syahid,,hasratnye telah tercapai..sbb itu sy menangis..sy menangis anak2x syahid kerana sy tidak punya anak yg boleh sy infaqkan untuk ISLAM..


hem..ap ibrah yg boleh kte dpt n kongsikan..pada zaman sekarang yg serba canggih ni,,siapa lagi yang nak memepertahankan islam ,,kalau bkn kte..adakah kte sume telah bersedia jika ALLAH tnye kpd kte sume..apa yg telah kte buat untuk islam..

ana yg menaip dan berkata,telinge ana lagi dekat,,justeru ana mengingatkan tok diri sendiri juga,,smbil kte same2x engt mengingatkan ..^^,
asiff sekirenye ana terkasar bahasa n tulisan..maapkn ana..^^,


(Jike ad kslahn,,sila tegur ea..!!^^,)




srikandi muslimah..^^,

sampai di sini sje coretan ana wat kali ini..insyaALLAH..kte bertemu di lain post..maafkan silap dan salah ana..gke ana salah cerita n ingin menegur ana,,silakan..^^,

fii amanillah..^^,
 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen