Wardatul Jannah ^^, WARDATUL JANNAH ^^,: Masih tidak MATANG :'(

21 December 2013

Masih tidak MATANG :'(



بسم الله الرحمن الريم 
 اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SubhanALLAH , Alhamdulillah , ALLAHUakbar ! :')

Tua sudah ana rupanya, bila tika ini..  rakan karibku meninggalkanku untuk meneruskan langkah kaki mereka menaiki tangga kehidupan yg seterusnya. Jodoh mereka. Alhamdulillah. ~

Sakit rupanya, :'(

Mengapa harus ana tangisi? Sedangkan mereka masing2 sedang melangkah kepada kehidupan baru mereka.  

Sepatutnya ana bahagia melihat mereka bahagia. Entah. Ana la kot yg masih tidak matang. Masih tidak reti membahagikan sayang di hati.

Ana harus mengerti, bahawa aku bukan sesiapa pada mereka, hanya seorang sahabat yang mencintai mereka kerana Allah. Bukan sesiapa pun dalam hidup mereka.

Ah, susahnya bila sudah sayang, berjauhan itu memeritkan.

Aku harus tabah. Jangan sebarangan menaburkan sayang lagi. Limitkan rasa sayang itu, supaya bila terpaksa melepaskan, peritnya tidak terlalu pahit.  

Sayang itu. Kerana Allah kan? Mengapa terlalu sedih? Harus yakin Allah akan menjaga mereka selalu. Ya! Allah akan menjaga mereka selalu.

Kelak, insyaAllah kita akan bertemu kembali. Jika bukan di dunia, insyaAllah di syurgaNya kelak.

Ameen. 

Pelihara sayang kami, ikhlas keranaMu ya Allah.

P/s: Ana sayang kamu, semoga menjadi isteri solehah dan ibu mithali. :')

Ana sayang kamu, selamat meneruskan perjuangan ke tangga ke-2  di 'sana'

Terus mendoakan ana di sini ya :) 

UhibbukiFillah <3 



Ai Shite Imasu ! 


FiiHifzillah kullu sahabah (=

1 comment:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen