Wardatul Jannah ^^, WARDATUL JANNAH ^^,: July 2013

30 July 2013

Lailatul Qadr 1434 H




بسم الله الرحمن الريم 
 اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALHAMDULILLAH diberikan lagi merasai nikmat islam dan iman serta nikmat yg lain sehingga xterbilang dek akal manusia .. syukur pd MU ya RABB  .. :')
10 Ramadhan terakhir 1434H :')

Jom! Ambil Ibrah dari Kisah ini  *tak panjang pun ~ hee 

Suatu hari seorang warga emas ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.” Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata warga emas pun bercucuran
keluar dari matanya. Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai
orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana
ini.”

Warga emas menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula
dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?"

Tingkatkan Ibadah kpdNYA , Endahkan petanda !  
Moge kita terpilih untuk menjumpai Malam Qadr itu..

Aameen ya Rabb. 

Doa Nabi Muhammad saw 


Kisah dari Ustaz Zaharuddin ^_^

Fii Hifzillah sahabiah (:
 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen