Wardatul Jannah ^^, WARDATUL JANNAH ^^,: muhasabah
Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

8 January 2014

SENDIRI ITU T.E.R.A.P.I :')





بسم الله الرحمن الريم 
 اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.


Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.

Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.
Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.
Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.
Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim...

Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.
Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah. 

Allah SWT berfirman:
"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)
Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."(Surah al-Baqarah, ayat 216)
Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun cantik dan suci pada pandangan Allah SWT 



:)
Wallahualam...



fiihifzillah Rafieqah ~

9 December 2013

R.A.F.I.E.Q.A.H :')



بسم الله الرحمن الريم 
 اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



 Khas Untuk Sahabat-Sahabat Yang Dikasihi

Sahabatku,
Perjuanganmu dan perjuanganku
Dalam dirimu dan diriku
Pada keluargamu dan keluargaku
Belum tamat begitu bersama

Sahabatku ,
Kau dan aku punya tugas tertentu
Tugasmu dan tugasku
Tiada beza antara satu
Kau dan aku
Sama-sama menuju
Matlamat yang satu

Sahabatku,
Hatimu dan hatiku
Moga bersatu
Atas jalan yang satu

Tapi sahabatku
Kiranya kau dan aku
Punya hati yang keras bagai batu
Kau dan aku
Tak mungkin bersatu
Walau masa berlalu

Di sana kau menghadapi suasana
Dan di mana-mana
Hikmah berserta
Tarbiyah bersama
Hanya itu senjata
Allah akan bersama

Di sini
Amat kami rasai
Ketiadaanmu di sisi
Tapi kami mengerti
Kau punya tugas dan misi
Yang lebih bererti
Menghadapi realiti
Mencabar jahili

Sahabatku
Bekali dirimu
Dengan hati yang tabah berani
Tahan diuji
Tidak luntur dik puji
Tidak punah dik duniawi


Sahabatku ,
Jalan ini
Sukar berduri
Menikam diri
Jalan itu
Seronok di hati
Senang dan mudah bagi kau dan aku
Tapi
Ia membakar diri
Di akhirat nanti

Keputusanmu dan keputusanku
Biar apa terjadi
Hanya jalan ini
Tiada lain
Menuju ukhrawi
Redha Ilahi

Sahabatku ,
Akhir kata
Sepanjang kita bersama
Kiranya ada terkasar bahasa
Terlanjur kata
Menyinggung rasa
Ampunan Allah kami pohon jua :')





SK & KS  :')


Fii hifzillah kullu Rafieq / ah  ^_<

27 November 2013

Ai Shite Imasu :')



بسم الله الرحمن الريم 
 اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Aku juga pernah dilukai.
Aku juga pernah membenci.
Aku juga pernah menyalahkan orang lain.
Aku juga pernah berputus asa.
Aku juga pernah menangis seorang diri di dalam diri merasakan kebahagiaan telah meninggalkan aku. 

Tapi wahai anakku, tanpa pengkhianatan dan perpisahan, manalah aku mengerti kebahagiaan yang dicapai ketika mendekati Allah pada waktuku susah.

Oleh itu wahai anak kesayanganku, engkau harus terus mencuba dan jangan berputus asa melakukan kebaikan.

Jangan sesekali kerana sekali dua dilukai maka kamu terus berhenti melakukan kebaikan.

Aku akan melihatmu dan nescaya kekentalanmu akan menyentuh hatiku dan air mataku mengalir kerana kebahagiaan.

Percayalah anakanda, kamu akan menjumpai kebahagiaanmu asalkan kamu tidak melupai Allah dan tidak meninggalkan Quran.

Senyum  fii hifzillah ~

-SangMurabbi-



aku rindu dia , ya Rabb :'(



6 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435 H


بسم الله الرحمن الريم 
 اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Siapa kata jatuh tak sakit?

Sakit.

Malah kadang- kadang buat jiwa rasa tak mampu nak hadapi. 

Tapi apa boleh buat?

Takkan nak terus terdududuk ? 

Belajarlah untuk bangkit.

Walau sedikit demi sedikit.

Jangan biarkan kite jatuh terlalu lame ~
Kalau saya boleh senyum saat terluka, bukan sebab luka tu tak sakit, atau bukan sebab saya kebal, atau bukan sebab saya tak ada perasaan , atau senang kate saya EGO

tapi saya senyum sebab saya sedar, ALLAH  sedang menguji, sabar, ikhlas, redha , SMILEagain . Luka tu akan sembuh jugak , sebab ni kan dunia . Di dunia ni, tak ada apa yang kekal 
Kadangkala, kita akan jatuh. Bukan sekali, malah berkali – kali. 

Tetapi ini bukan alasan untuk kita berputus asa. Ini adalah peluang untuk kita mencari setiap kelemahan yang berlaku dan memperbaikinya, sehingga kita muncul dengan lebih baik dari sebelumnya. 

Ingat tak kisah Thomas Edison, manusia yang pertama mencipta mentol ? Beliau telah menemui 1000 kegagalan dalam experimen – experimennya, sebelum berjaya menghasilkan sebiji mentol yang nilainya amat penting pada hari ini. 

Jelas, kita perlu menempuh kegagalan demi kegagalan dalam menimba pengalaman, seterusnya menghasilkan kematangan (kejayaan) kerana kita belajar dari kesilapan yang lalu. 

Nampak?

ENGAT, umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baek dari semalam  kan?

*Bangkit kerna Allah ~ Refresh Niat  
*pembacaan 


Fii Hifzillah sahabiah (^_^)v

13 October 2013

KADANG - KADANG :'(




بسم الله الرحمن الريم 
 اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Allahumma solli alan nabiy  (=


Kadang-kadang 
dalam hidup ni 
macam-macam yang kita buat
semata nak jaga hati semua orang
sampaikan hati sendiri pun
jadi hati yang terakhir untuk dijaga


Kadang-kadang
dalam hidup ni 
kita nak semua benda berjalan dengan sempurna
kita nak semua benda jadi macam apa yang kita nak
sampai satu masa kita tak dapat
kita mula cuba nak memberontak

Kadang-kadang
dalam hidup ni
kita nak semua orang faham diri kita
apa yang kita cuba sampaikan pun
kita nak paksa orang untuk faham jugak
tapi bila kita sedar diorang semua tak boleh nak faham
kita mula rasa kecewa dan sedih

Kadang-kadang
dalam hidup ni
kita selalu nak buat orang gembira dan ketawa
kalau boleh taknak ada setitik air mata pun
yang jatuh disebabkan kita
tapi bila memang air mata tu mengalir kerana kita
hati ni rasa nak pergi jauh sangat supaya tak jadi punca

Kadang-kadang
dalam hidup ni
kita nak orang selalu ada dengan kita
kalau boleh setiap apa yang kita lakukan
semua orang mesti kena ada
tapi kita lupa dan tak sedar
sebenarnya kita sendiri yang dulunya tinggalkan orang

Kadang-kadang
dalam hidup ni
kita nak jadi orang paling sempurna atas muka bumi ni
taknak ada buat salah sikit pun
tapi kita tak perasan pun
dengan mengimpikan untuk menjadi sempurna tu pun
dah menjadi satu kesalahan


Jadi ,
untuk kadang-kadang juga
kita kena sedar yang kita ni cuma manusia biasa
yang hidup menunggu mati

Kita lupa.
ada TUHAN yang memerhati
ada KUASA yang mengendali
jadi untuk mencapai semua kadang-kadang
yang kita impikan tadi
cuma satu
kita cuma perlu berbalik kepada yang SATU itu
kerana setiap kadang-kadang yang kita cipta
semuanya bergantung kepada keizinan-Nya


"Kita merancang , Allah juga merancang , tapi perancangan Allah itu lebih baik"



Yakinlah .
Setiap apa yang terjadi dalam hidup ni .
Semuanya bersebab .
Semuanya berhikmah.
Satu masa nanti.
Bila apa yang jadi mengubah diri.
Baru kita faham apa yang Tuhan cuba beri.

Jika memang pada yang SATU itu
yang kau letakkan rasa pergantungan hidup.
Tiada sebab untuk kau rasa takut 

Senyum.

Minta maaf
atas segala kekurangan :')


fii hifzillah ~


12 October 2013

Bila Hati Di Sakiti *-*




بسم الله الرحمن الريم 
 اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

-Tatkala ku jatuh kerna manusia , akan ku bangkit semula kernaMU YA RABBI-

Be strong my Dear  ^_^

Dalam hidup ini pernahkah kita disakiti oleh orang lain?baik dalam hubungan persahabatan, hubungan pekerjaan,hubungan kerjasama, dan sebagainya. apa yang kita rasakan saat itu?,sakit yang mendalam?,tidak terima perlakuan teman kita?,emosi yang tak stabil?sedih? atau berbagai perasaan yang kita rasa. Kemudian Bagaimana sikap kita terhadapnya? ,membenci? ,ingin balas dendam sebab tidak terima telah disakiti?atau diam beribu bahasa tanpa ada penyelesaian dan kebaikan yang kita perolehi ?

Padahal kita boleh mengubah hal-hal yang sangat menyakitkan ini menjadi kebaikan untuk kita ,menjadi ladang pahala untuk kita juga menambah kekayaan iktibar atas segala apa yang telah terjadi.

Jika kita disakiti,ada dua sikap yang harus kita lakukan :
1) sikap terhadap mereka yang menyakiti
2) sikap terhadap diri kita sendiri.

SIKAP TERHADAP MEREKA YANG MENYAKITI 

1)Menahan Amarah(kazmul ghaizh)

Jika amarah yang diperturutkan maka kitalah yang akan mendapt dua kerugian.yang pertama kita telah disakiti yang kedua kita telah menyakiti diri kita sendiri.kerana sikap amarah akan merosak diri kita sendiri baik secara mental ataupun fizikal. 

Sikap amarah yang diperturutkan akan membawa perasaan dan hati kita menjadi sempit dan terbeban.Bahkan boleh membuat hati tidak menjadi tenang.

”dan orang-orang yang menahan amarahnya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain,Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”(QS:3:143) 
2)Memaafkan ( al afwu)

Sikap ini menjadikan hati kita kuat,jernih dan bersih terhadap orang yang telah menyakiti kita,juga menandakan bahawa kita adalah orang yang mencintai kebaikan dan memberikan manfaat kepada orang yang telah menyakiti kita.cuba kita fikirkan lagi.dendam atau memberi maaf?mana yang membawa kebaikan untuk kita dan orang yang telah menyakiti kita?,tanyakan pada hati nurani kita. 
3) Berbuat baiklah kepadanya (Al ihsan)

Barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik (tidak menuntut balas kepada orang yang menzaliminya) maka pahalanya dijamin oleh Allah (QS.42:40)

Cukuplah Rasulullah saw sebagai qudwah dalam hal ini.Rasulullah disakiti,di zalimi oleh orang kafir saat itu,tapi siapa yang pertama kali menjenguk orang yang telah menzaliminya? tiada lain dan bukan dialah Rasulullah yang penuh dengan teladan. lihatlah apa yang terjadi setelah itu,orang yang biasa menyakiti Rasulullah akhirnya ia masuk Islam,Subhanallah…

4) Menyedari bahawa seseorang tidak akan menyakiti anda ,kecuali atas qada' dan qadar Allah.sedangkan seorang hamba hanyalah perantara terjadinya sesuatu,sementara yang menentukan dan menetapkan hanyalah Allah. 

5) memahami bahawa perlakuan orang lain yang menyakitkan kita adalah sebagi penebus dosa kita,penghapus atas segala kesalahan,kekhilafan,dan sebagai menaikkan darjat kita.

”Maka orang-orang yang berhijrah,yang diusir dari kampung halamannya,yang disakiti pada jalan-Ku,yang berperang dan yang dibunuh,pastilah akan ku hapus kesalahan-kesalahan mereka (QS:3:195)


SIKAP TERHADAP DIRI KITA SENDIRI


1) Sedarilah bahawa hal-hal yang menyakitkan kita,boleh jadi akibat dosa yang telah kita lakukan,
”Musibah apa saja yang menimpa diri kalian adalah akibat dari perbuatan kalian sendiri”(QS.42: 30)
Untuk hal ini,perbanyakalah bermuhasabah ..,Review apa yang sebenarnya apa yang telah terjadi. 

2) Bersyukurlah kepada Allah,kerana kita telah dijadikan-Nya sebagai pihak yang teraniaya,bukan yang menganiaya.Jika kita terus bersabar hal ini dapat menjadi ladang amal untuk kita.kebikan- kebaikan akan terus menghiasi hidup kita. 

3) bersikap kasih sayanglah kepada orang yang telah menyakiti kita,kerana dia adalah orang yang paling berhak mendapatkan kasih sayang kita.Seorang yang menyakiti kita sangat memerlukan kelembutan.bukan untuk disakiti kembali atau bukan untuk di benci. 


Memang sebuah amal tidak semudah dengan kata-kata,tapi ingatlah tiada yang sulit dalam hidup ini kecuali kita terus berlatih.kita boleh kerana terbiasa.cubalah melatih dengan sikap seperti ini.

Insan yang lemah ini pun merasa begitu sakit jika kita harus disakiti,tapi akan jauh lebih sakit jika kita membalas dengan menyakiti.balaslah keburukan dengan kebaikan,maafkan orang-orang yang telah menyakiti.., ini akan membuat hidup jauh lebih indah.jauh lebih tenang,dan akan terus dekat kepada-Nya

Ya Allah bimbinglah kami untuk senantiasa mengambil hikmah dari setiap kejadian, jadikanlah kami menjadi hamba yang dapat menahan amarah yang terus diperturutkan, lapangkan hati ini untuk senantiasa memaafkan segala kesalahan,berikan kepada kami untuk membalas segala keburukan dengan kebaikan.

Ya Allah..,sedarkan kami bahwa segala sesuatu yang akan dan telah terjadi adalah atas kehendak-Mu, atas taqdir-Mu,jadikan setiap taqdir yang engkau berikan kepada kami sentiasa membawa kami dekat kepada-Mu.

Ya Allah ampuni segala dosa kami dan dosa orang-orang yang telah menyakiti kami..,Satukan hati kami dengan cahaya dan makrifah-Mu..
Perkenankanlah doa kami… Amin

pada ana..setiap manusia telah Allah ciptakan dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing.kadang-kadang memang kita akan terasa dengan sikap sahabat kita.tapi untuk apa ana simpan perasaan marah itu dan sakit hati itu lama-lama..sebab ana juga punya kelemahan.ana belaja redha dengan semua orang dan setiap apa yang berlaku..

Lagipun, siapa lah ana nak pertikaikan kelemahan orang sedangkan ana sendiri ada kelemahan yang mengundang marah orang dan murka ALLAH swt.

Sahabat, kalau kita pasang niat awal memang bersahabat kerana ALLAH swt..InsyaALLAH pasti kita redha dengan setiap perlakuan sahabat-sahabat kita. Yang baik kita pasti jadikan contoh dan ikutan, yang lemah kita cuba bantu untuk nasihat dan lengkapkan dengan diri kt sendiri..

Niat bersahabat kerana Allah... niat menegur kerana Allah... 
niat menyembunyikan (demi kebaikan) kerana Allah... 
niat berkongsi kerana Allah... 
niat melakukan sesuatu kerana Allah...

Tinta Hati : Semoga rasa sayang dan kasih ini keranaNYA semata-mata, bukan kerana kepentingan peribadi.

~fii hifzillah wa fii amanillah kullu , special for my partner ' POU ' :'*

S.A.N.G.K.A.A.N



بسم الله الرحمن الريم 
 اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Allahumma solli alan nabiy  (=

MANUSIA hari ini suka bersangka-sangka , 
Ada sangkaan baik , Ada sangkaan buruk ~

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

MANA TAHU ? 

yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu
yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu
yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu
yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu
yang ceria itu kerana cergas cerdasnya ~

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan UKHWAH  seperti musnah nya kayu dimakan api…

Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihat dan perhatikan ~

*moge kite pandang dr sudut positif ^_^

fii hifzillah khalifatullah ! 

16 August 2013

Pray For Egypt , Ummah , Dr Morsi


بسم الله الرحمن الريم 
 اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pray For Ummah :')

Lautan Nil bertukar warna ,
Ombak gembira menjadi duka ,
Desiran pantai sayu tiba-tiba ..

Saat enak menikmati pemandangan  ,
Kini, berubah huru-hara ,
Bergelimpangan lautan manusia tidak diminta ,
wanita dirobek maruahnya , 
Anak-anak ditembak tidak berkira ,
Kaum adam terus bersedia ,
Menghadapi hari2 yang entah bagaimana ..

Sekali-kali tiada kata dusta pada mulut mereka ,
Malah semakin erat Allah digenggamnya ,
Makin utuh kalimah2Nya terlafaz dibibir mereka ..

Ya Allah, 
kemenangan mereka dicarik2 ,
keamanan mereka terus dirampas ,
bumi barakah itu sudah kurang ILMUWAN dan CENDIKIAWAN ,
bumi suci itu terus bergegaran ,
jangan biarkan si durjana bermaharajalela ,
sedangkan SANG PEMBELA meringkuk di penjara ,
jangan biarkan kejahatan terus berleluasa ,
sedangkan kebenaran belum terbongkar jua , 

Kirimkan DOA buat Sang Mujahid / ah ~
senjata kita , seluruh umat Islam ..
Qunut Nazilah ~

Bahagialah dikau bakal penghuni syurga , penegak bumiNya .
Moga sekelumit doa ini, kami menjadi sahabatmu di JANNAH..
aameen ya Rabbal alameen .. :')

Fii hifzillah ila kullu Rafieqah ^_^

Kawan Baik Tapi Kenapa Kawan Baik Sendiri Yang Menyakitkan Hati ? :'(


Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 

Assalamualaikum wrt wbt buat Rafieqah sekalian :') Moge sentiasa kita semua dlm Rahmat Illahi , Aameen ~


Sahabat Till Jannah :')


Sakit.. yang amat!
Backstab!
Itu lah yang dirasakan apabila kita ‘terkena’ dengan rakan karib sendiri, yang maybe telah dianggap sebagai adik- beradik sendiri. Memang sesuatu yang normal bagi seorang manusia untuk berasa sakit hati.
Itu fitrah untuk merasakan gembira atau sedih. Apatah lagi kita diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang bersosial yang mustahil untuk lepas dari kekhilafan.
Mungkin, jika hati ini sakit pada mereka yang tidak rapat dengan kita, kita tidak ambik pusing sangat. Who them to us. kan?
Tapi bila “terkena” dengan sahabat yang dianggap baik dengan kita selama ini, it’s feel torn apart inside. Memang sakit. Sakit tanpa luka.
Mungkin kita tak dapat tersenyum, even untuk menutup perasaan ini daripada dibaca orang lain, walaupun pada hakikatnya kita tidak mahu orang lain mengetahui kesedihan yang menimpa kita.

Kawan Baik :')

Hati ini memang suatu organ yang sensitif, super sensitif, sebab hanya dengan kata-kata pun boleh menyebabkan ia luka.
Kalau difikir-fikirkan balik, memang haruslah Islam melarang anak berkata walaupun “Uh!” kepada ibu kita, sebab dia pernah jadi kawan baik kita selama 9 bulan. Makan, kerja dan tidur bersama.
Mungkin benda itu nampak simple bagi kita, tapi bagi mereka yang benar-benar sayang kepada kita, perkataan itu sangat menyakitkan. Begitu la juga bagi sahabat baik.
Mungkin selama ini kita pernah terasa dan sakit hati, tetapi masih mampu cover disebalik senyuman. Tapi sampai pada satu tahap, kita tidak dapat menerima perbuatan atau perkataan dia.
Tak perlu la kita membenci dia, tak perlu balas dendam.  Anggap sahaja ini suatu ujian.
Apa pun perkataan dia kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah. Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.
*Terkadang kita tidak sedar ,terjadinye suatu perkara adalah kerna pernahnya kita melakukan sedemikian pd sahabat baek kita sendiri tanpa kita sedari , :"( 
~MUHASABAH NAFS ~ :'[
Pesan dan Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya: “Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.
Memaafkan.
Dia pernah menjadi sahabat baik kita, pasti terselit kebaikan yang pernah dilakukan kepada kata. Oleh itu maafkanlah dengan ikhlas dan dada yang lapang. Ya, dengan ikhlas.
Kenapa?
Kerana orang yang ikhlas selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.
 Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah.
Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.
memang sukar membiarkan cinta membimbing kita bila hati kita disakiti. Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf dengan keikhlasan. Nescaya kita akan bahagia :)
:') d.A

Alhamdulillah , segala yg baek dtgnya dr ALLAH swt , segala yg buruk adalah dr diri ana sendiri .. 
Asiff ala kulli hal  . ~                           
                                                                       fii hifzillah ^_^

*sharing reading ~




 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen