Wardatul Jannah ^^, WARDATUL JANNAH ^^,: DURRAH ABYADU (':

2 August 2013

DURRAH ABYADU (':



بسم الله الرحمن الريم 
 اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
^_^
ALHAMDULILLAH ~
Moge sahabiah baek-2 belaka  , dan moge ALLAH merahmati kehidupan kite di atas muka bumi ini , InsyaALLAH  (':

ANA  nak menulis tentang sahabat , nape asyik-2 pasal sahabat ye ? mesti kalian tertanye-tanye ..
kernanye adalah , dimana-mana kite berada pasti akan bersama sahabat , sama ada  disekolah , universiti hatta tempat kerja ,               dirumah tidak lah ~ hee ^^'

*boleh ana mulekan  ? hmmm.. 

:') miss her so much ! 





Salam buat sahabatku semua .

Sahabatku..
Semoga segala yang kau impikan menjadi kenyataan , 
Bajailah hati dengan sifat baik.. lalu siramilah ia dengan kemuliaan dan kemurahan , 
Tunjukkanlah sikap optimis.. agar mindamu sentiasa terbuka dan menerima , 

Sahabatku...
Sesungguhnya hidup ini adalah laluan masa..
kitalah penumpang bahtera sementara , perjalanan ini masih panjang ,
Ada senyuman di sebalik tangisan.. ada tawa di sebalik air mata ,
Namun.. dengan kekuatan jiwa yang dibina.. pasrahlah pada ketentuan ,
kerana nikmat daripada kesabaran adalah kebahagiaan yang berpanjangan , 

Sahabatku , 
hayatilah erti ukhuwah ini , moga kita semua sentiasa di bawah lindunganNya , 

Ameen ~ :')


Pesananku ~

Apabila kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,
~ Janganlah kerana KELEBIHANNYA..
Kerana mungkin dengan 1 KELEMAHAN..
Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,
~ Janganlah kerana KEBAIKANnya..
Kerana mungkin dengan 1 KEBURUKAN..
Kau akan menbencinya....

Andai kau inginkan SESEORANG sbg TEMAN..
~ Janganlah kerana ILMUnya..
Kerana apabila dia BUNTU...
Kau mungkin akan menFITNAHnya...

Andai kau inginkan SESEORANG sbg TEMAN...
~Janganlah kerana sifat CERIAnya..
kelak andai dia tidak pandai menceriakan..
Kau mungkin akan menyalahkannya...

Andai kau inginkan SESEORANG sbg teman,
~ Terimalah dia SEADANYA,
Ikhlaskan dalam perhubungan...
Sinarinya dengan taqwa & iman...
Saling hormat-menghormati..
Jujur..amanah.. & segalanya..

Kerana dia seorang TEMAN,
Yang hanya manusia biasa....
Ada Kelemahan...
Ada Kekurangan..
Ada Keburukan..

Jadilah, saling lengkap-melengkapi..
kerana TIADA SIAPA YANG SEMPURNA  :')

*terimalah die seadanye , sebagaiman die menerimamu ~ 

fii hifzillah pengharapredhaNYA ^_^

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen